Tuesday 30 June 2015

ALATAN WAJIB ADA DALAM KERETA

Assalamualaikum.

Semalam aku hadiri satu talk tentang FIRE SAFETY oleh seorang officer yang banyak pengalaman. Jadi selagi masih ingat aku nak kongsi tentang ALATAN penting WAJIB ADA DALAM KERETA untuk digunakan sewaktu KEMALANGAN!

Alatan tersebut ialah:
1. Alat Pemadam Api Mini
2. Gunting


Nampak simple tapi sebenarnya sangat berguna.

Alat Pemadam Api Mini
Sekarang pantang dengar kes kemalangan mesti ada jugak kebakaran yang berlaku. Dalam kebanyakan kes, masyarakat tidak dapat membantu kerana kejadian di atas jalan raya yang jauh dari sumber pemadam api. Jadi apa kata kita sediakan sendiri pemadam api di dalam kereta. Lokasi sesuai untuk meletakkan alat pemadam api adalah di bawah kerusi pemandu.


Apabila kemalangan, ada kemungkinan juga litar kereta anda menjadi gelong membuatkan anda terkunci dari dalam. Jadi bagaimana untuk keluar?? Di sinilah alat pemadam api memainkan peranan memecahkan cermin kereta supaya anda dapat keluar menyelamatkan diri dan memadamkan api jika berlakunya kebakaran.

Gunting
Fungsi gunting amat penting. Ia adalah untuk memotong tali pinggang anda yang tidak boleh dibuka secara normal akibat kerosakan yang berlaku ketika kemalangan. Kalau pun anda berjaya memecahkan tingkap tapi terperangkap oleh lilitan tali pinggang, tak guna juga kan.


Hanya dua jenis alatan yang perlu disediakan. Mudah kan?? Alat pemadam api tu pun banyak lagi fungsinya seperti menyembur ke arah perompak atau menghentak kepala mereka yang sedang menganggu kita. hehe.

Marilah kita sediakan alatan yang mudah ini terutamanya jika kita mampu. Di negara orang putih mereka sanggup berhabisan demi keselamatan. Setiap rumah ada pemadam api sendiri tetapi di Malaysia? Harga yang tak seberapa berbanding kos modify kereta moto, rokok hari hari, iphone, android, tv flat screen dan sebagainya untuk sekali belian sahaja.

Untuk keselamatan dan nyawa ahli keluarga kita. Kalaupun tidak terjadi kepada kita, mungkin kita boleh membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Jadi ayuh mulakan dari sekarang. Mari menabung dan bertindak bijak. Fikir ke hadapan ok! :D