Wednesday 1 July 2015

London VS Malaysia

Assalamualaikum.

Bulan lepas, rezeki aku dan keluarga, berkesempatan melancong ke negara Eropah (London Paris Amsterdam). Alhamdulillah segalanya dipermudah. Namun apa yang aku ingin tekankan di sini ialah KOS SARA HIDUP di sana (London) jika dibandingkan dengan di Malaysia.
 
Ok. Senang cerita, aku bawa bawa £10 ke Wallmart (pasaraya) dan pulang bersama TIGA plastik besar yang penuh dengan pelbagai jenis roti dan biskut. Secara kasar ada dalam 7-8 roti dan biskut yang berbeza jenis dan saiz.

Ok. Kalau di Malaysia, katakan aku bawa RM10 ke kedai runcit. Agak agak apa sahaja yang aku boleh bawa balik? 
Mana lagi yang anda prefer? Kerja di London dengan gaji £1500 namun hanya perlu ke kedai dengan membawa £10,  atau bekerja di Malaysia dengan gaji RM1500 namun perlu sediakan sekurang kurangnya RM50 untuk ke pasaraya??

Renung renungkan. Salam minyak naik lagi.

ps Apabila difikirkan semula mungkin kerana nilai matawang mereka yang sudah sedia tinggi menyebabkan mereka mampu mendapat kemurahan barangan itu. Tak kira! Haikal tetap mahu bersedih dengan kenaikan harga melambung-lambung di Malasyia sekarang ini! huhu


Mesin bayar sendiri di TESCO Leeds, UK
 

No comments:

Post a Comment