Saturday 11 July 2015

SUBJEK COURSE KERJAYA DI SEKOLAH?

Assalamualaikum.

Pernah tak korang masa ambil SPM, tertanya tanya ke mana arah korang selepas ini? Kemudian masa isi UPU, korang jadi blur tak tahu nak isi apa? Course apa yang perlu aku sambung diploma atau degree aku? Course apa yang punya prospek pekerjaan yang luas dan permintaan tinggi zaman ini?? Atau korang main isi dan submit sahaja?

Aku sangat beruntung punya ibu bapa yang sangat ambil berat tentang hal ni. Setiap kali kami isi borang UPU, abah mesti akan review dulu setiap course yang kami pohon sebelum memberi keizinan untuk submit. Namun ada segelintir ibu bapa yang tidak berpeluang terdedah dengan perkara ini lalu anak anak yang juga tidak begitu mengerti tentang ini memilih tanpa arah tujuan. Akhirnya berlakulah kes tukar course berkali kali kerana tidak sesuai, berhenti di tengah jalan bla2 akhirnya membazir masa dan wang ringgit begitu sahaja.

Aku sudah berhadapan dengan banyak kes begini tak kira kawan kawan mahupun keluarga. Belanja satu kisah, seorang kawan aku yang sangat bijak di sekolah. Namun apabila perlu memilih kursus UPU, dia tersalah pilih kerana tidak tahu dan menganggur untuk sekian lama. Dia beritahu sewaktu memilih, banyak lagi course lain yang memungkinkan dia sudah bekerjaya pada hari ini. Namun kerana tidak tahu, dia tersalah pilih lalu terpaksa menganggur bertahun tahun.

Ya benar. Mungkin rezekinya begitu. Masih aku rasa perkara ini boleh diatasi jika setiap ibu bapa memantau dan mengambil tahu course yang sesuai untuk anak anak. Tapi tak semua ibu bapa berpeluang mengetahui tentang semua ini. Kekangan penyampaian maklumat kepada ibu bapa juga boleh menjadi faktor ibu bapa tidak mampu guide anak anak memilih course yang sesuai.

Jadi aku tertanya tanya, tidak bolehkah kita wujudkan satu lagi SUBJEK di sekolah tentang COURSE DAN KERJAYA?? Banyak sebenarnya kerjaya di luar sana yang kita tidak tahu kecuali kita betul betul cari gali. Jika disoal di sekolah mahu jadi apa, hanya doktor peguam jurutera arkitek yang menjadi jawapan. Pernah dengar mereka yang menjawab penganalisis kewangan, chef, pegawai farmasi, bomba, pengusaha hotel dsbgnya?

Mungkin dalam subjek itu boleh dedahkan sedikit sebanyak kursus yang ada ditawarkan di mana mana universiti dan prospek kerjayanya bagaimana. Juga boleh diselitkan cara mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari pelbagai sumber di luar sana. Supaya anak anak ini tidak tersalah pilih lagi.

Selain itu, mereka sekurang kurangnya sudah nampak hala tuju sebelum mengisi borang UPU. Jika subjek itu bermula pada tingkatan 3 sehingga tingkatan 5, maksudnya anak anak mempunyai 3 tahun tempoh "menyiasat" dan berfikir semasak masaknya tentang kerjaya yang ingin diceburi sebelum membuat keputusan terbaik!

Apapun aku harap adik adik di luar sana yang menjejakkan kaki ke sekolah menengah sudah mula mencari minat dan kelebihan diri. Supaya korang tahu bidang apakah yang boleh korang sumbangkan kepakaran demi kebaikan masyarakat negara dan agama.

No comments:

Post a Comment